Duta Besar Rusia ke Turki, Andrey Karlov dibunuh ketika menghadiri aktiviti di Ankara malam tadi.
Penyerang terbabit disahkan seorang polis tempatan dan terus ditembak mati dalam kejadian itu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin segera mengutuk keras serangan tersebut. Beliau menyampaikan dukacita kepada keluarga mangsa dan mahu Kementerian Luar memberikan pingat negara kepada Karlov.
Menurut Putin, Rusia akan terus mempergiat operasi untuk membanteras pengganas. Serangan kali ini bertujuan untuk menjejaskan pemulihan hubungan Rusia dengan Turki serta proses perdamaian di Syria. Pelbagai pihak termasuk Rusia, Turki dan Iran sedang berusaha untuk menyelesaikan konflik di Syria.
Jurucakap Kementerian Luar Rusia, Maria Zakharova menyatakan, pihaknya akan menyerahkan kes ini sebagai serangan keganasan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk dibahaskan.