Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menyatakan, pihaknya tidak akan mengizinkan penubuhan sebuah negara baharu di utara Syria. Beliau sekali lagi menggesa agar zon keselamatan dibina di utara Syria bagi menjamin keselamatan di kawasan sempadan tenggara Turki.
Turki melancarkan operasi ketenteraan "Perisai Euphrates" di utara Syria bermula pada akhir Ogos lalu. Pasukan petugas khas Turki yang terdiri daripada 300 orang ditempatkan di kawasan tersebut baru-baru ini untuk membanteras Daesh dan kumpulan bersenjata Kurdish.