Cari:
Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan Mohon Maaf
2017-01-24 14:42:19 CRI Cetak

Kementerian Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan semalam memohon maaf kepada rakyat atas kejadian "senarai hitam artis" dan berjanji kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Pemangku Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan, Song Soo-keun berkata, senarai hitam itu bertentangan dengan misi kementerian itu untuk mengekalkan kebebasan berkarya dan inovasi para penggiat seni.

Pihaknya berasa malu dan akan meneliti perkara tersebut serta mengambil pelbagai tindakan bagi mencegah perkara itu daripada berulang lagi.

Beliau berjanji akan bekerjasama penuh dengan pasukan penyiasat untuk menyiasat kes tersebut.

Pasukan penyiasat yang bertanggungjawab untuk menyiasat skandal Presiden Park Geun-hye, membabitkan teman rapatnya yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran negara, mengesyaki Chong Wa Dae telah menyediakan "senarai hitam artis".

Individu yang tersenarai dalam senarai itu dilarang menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan dan mendapat habuan daripada aktiviti tersebut.

Kejadian itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China