Cari:
Perbicaraan Awal Kes Pemecatan Geun-hye
2016-12-23 16:19:27 CRI Cetak

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mengadakan perbicaraan awal kali pertama terhadap kes pemecatan Presiden Park Geun-hye, dan meminta penjelasan terperinci mengenai keberadaan Geun-hye dalam tempoh tujuh jam sesudah berlakunya nahas kapal Sewol.

Perbicaraan awal semalam, yang berlangsung selama kira-kira 40 minit, disertai wakil daripada kumpulan pendakwaan kongres dan panel peguam pembela Geun-hye.

Mahkamah itu mencadangkan kes pemecatan terhadap Geun-hye dibicarakan atas lima tuduhan iaitu membelakangi prinsip perlembagaan termasuk kedaulatan rakyat dan kedaulatan undang-undang, menyalahgunakan kuasa, mencabul kebebasan menyampaikan pendapat, memungkiri kewajipan untuk melindungi keselamatan nyawa rakyat serta perbuatan jenayah yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China