Cari:
Siasatan Skandal Geun-hye Dimulakan
2016-12-22 14:41:19 CRI Cetak

Kumpulan pendakwa raya bebas Korea Selatan yang bertanggungjawab menyiasat skandal Presiden Park Geun-hye membabitkan teman rapatnya, Choi Soon-sil yang didakwa campur tangan dalam urusan pentadbiran negara, telah memulakan siasatan semalam.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kumpulan pendakwa raya itu bertindak menggeledah lebih 10 tempat termasuk ibu pejabat Perkhidmatan Pencen Kebangsaan (NPS) dan kediaman mantan pengerusi NPS.

Dalam satu kes penggabungan syarikat yang menimbulkan kontroversi, NPS telah membuat keputusan yang menguntungkan Kumpulan Samsung, dipercayai akibat tekanan daripada pihak atasan kerajaan. Choi Soon-sil disyaki memaksa syarikat gergasi seperti Sambung menderma wang kepada konsortiumnya.

Kumpulan pendakwa raya bebas juga memohon waran tangkap terhadap anak perempuan Choi Soon-sil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China