Kementerian Pertanian China semalam mengeluarkan dokumen tentang tempoh moratorium penangkapan ikan di laut bagi tahun 2017.
Moratorium penangkapan ikan di laut tahun ini disifatkan sebagai paling ketat sejak sistem itu dilaksanakan di China 22 tahun yang lalu.
Menurut dokumen tersebut, moratorium pada tahun ini akan bermula pada pukul 12.00 tengah malam 1 Mei dan berlangsung sekurang-kurangnya tiga bulan.
Tempoh tersebut lebih panjang sebulan berbanding sebelumnya.