Cari:
Iran Mahu Pulihkan Penunaian Haji
2017-02-22 14:53:58 CRI Cetak

Delegasi Iran berlepas dari Tehran ke Arab Saudi semalam untuk mengadakan rundingan tentang pemulihan ibadah haji oleh umat Islam Iran di Mekah.

Delegasi sebanyak lima orang itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Penunaian Fardu Haji Iran, Hamid Mohammadi.

Ini kali pertama Iran menghantar delegasi perunding ke Arab Saudi selepas negara itu tidak menghantar jemaah haji ke Mekah pada tahun lalu.

Tragedi rempuhan yang berlaku di Mekah pada September 2015 telah meragut nyawa beratus-ratus jemaah haji Iran dan mengakibatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara itu terputus.

Hamid Mohammadi berkata, pihaknya akan menghantar jemaah haji ke Mekah jika kedua-dua negara berjaya mencapai perjanjian. Beliau akan menggesa pihak Arab Saudi agar mengambil pelbagai tindakan untuk melindungi keselamatan jemaah haji Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China