Setelah rancangan pengawalan dan pencegahan pencemaran udara dilaksanakan, kualiti udara di China semakin baik.
Keadaan tersebut menunjukkan tindakan dan cara yang diambil adalah betul.
Menteri Perlindungan Alam Sekitar, Chen Jining berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media persidangan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12.
Menurut beliau, kerajaan akan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang dan menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pihak yang mencemarkan alam sekitar bagi mencegah pencemaran udara, air dan tanah.
Tambah beliau lagi, pencemaran udara di kota Beijing, Tianjin dan provinsi Hebei pada musim sejuk masih serius.
Laporan kerja kerajaan pada tahun ini telah mengatur kerja mengenai isu alat pemanas ketika musim sejuk.
Kementerian Alam Sekitar pula akan membantu kerajaan tempatan mencegah dan mengawal pencemaran secara saintifik.