Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tencent, pembekal perkhidmatan Internet terbesar China, Ma Huateng semalam berkata, kecerdasan buatan (AI) bakal menjadi fokus utama dalam usaha menarik pelabur global pada masa hadapan.
Bidang itu juga mampu menarik sejumlah besar modal.
Tencent turut memberikan perhatian yang serius terhadap bidang tersebut.
AI dijangka akan menjadi daya saing utama dalam industri Internet pada masa akan datang.
Pada ketika ini, Tencent sedang berusaha mengumpulkan pengalaman dalam bidang tersebut.
Menurut beliau, sama ada teknologi itu akan dimanfaatkan secara meluas atau tidak, bergantung kepada data dan situasi penggunaan.








