Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming semalam berkata, sejak inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dikemukakan, China telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam usaha melancarkan kegiatan perdagangan, di samping memperkasakan kerjasama ekonomi dan perdagangan.
Sejak tahun 2014 hingga 2016, jumlah perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam inisiatif B&R telah mencatat RMB20 trilion (RM12.6 trilion).
Peningkatan tersebut lebih tinggi berbanding kadar purata global.
Kegiatan perdagangan yang lancar merupakan komponen penting B&R.
Dalam tempoh dua tahun tersebut, jumlah pelaburan syarikat-syarikat China ke negara-negara tersebut melebihi USD50 bilion (RM217 bilion).
Selain itu, China juga sudah memulakan pembinaan sejumlah projek di negara-negara berkenaan.
Setakat ini, China telah menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan negara-negara yang terlibat dalam B&R termasuk ASEAN dan Pakistan.
Perjanjian untuk menaiktarafkan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) telah dilaksanakan pada bulan Julai yang lalu.