Sidang Menteri Sumber Tenaga Bersih (CEM) ke-8 dan Sidang Menteri Misi Inovasi (MI) ke-2 dirasmikan di Beijing semalam.
Lebih 20 negara anggota dan pertubuhan antarabangsa akan mengadakan perbincangan bagi mendorong penggunaan sumber tenaga bersih di seluruh dunia.
Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli ketika berucap dalam majlis perasmian berkata, kita harus memanfaatkan kedua-dua sidang ini sebagai mekanisme kerjasama antarabangsa yang penting bagi mendorong pembangunan mapan sumber tenaga bersih.
China bersedia untuk mengintensifkan kerjasama perindustrian dengan pelbagai negara dalam bidang sumber tenaga bersih.
Selain itu, China akan membina platform kerjasama dalam bidang sumber tenaga bersih dengan menggunakan rangkaian Internet+pintar.








