Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir pada Jumaat lalu. Empat kawasan dan bandar di pesisir Pulau Selatan telah mengumumkan keadaan darurat semalam. Pasukan tentera telah dikerahkan untuk membantu polis menangani bencana alam kali ini.
Menurut pasukan bomba, hujan lebat telah mengakibatkan bencana tanah runtuh.
Pelbagai penerbangan ke Dunedin dan Queenstown telah dibatalkan bermula petang kelmarin.
Ini merupakan kali kedua New Zealand dilanda cuaca ekstrem baru-baru ini.