Buku dokumentar yang membongkarkan tindakan jenayah unit 731 tentera Jepun, karya terbaharu sarjana Jepun, Fuyuko Nishisato, dilancarkan di Shenyang, China semalam.
Buku berjudul Di Bawah Bayonet Dan Pagar, Rahsia Unit 731. Penulis telah mewawancara banyak mangsa tindakan kejam oleh Unit 731 serta anggota unit itu.
Penulis memberitahu wartawan bahawa beliau datang ke China lebih 30 kali untuk menyumpulkan bahan bukti jenayah unit itu terhadap rakyat China.
Unit 731 tentera Jepun telah menjalankan ujian kuman terhadap manusia hidup dan menyeksa tawanan tentera bersekutu di bandar Shenyang, China semasa Perang Dunia ke-2.