Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres semalam berkata, pembinaan pusat penempatan Yahudi oleh Israel telah menghalang pelaksanaan "rancangan dua negara" bagi mewujudkan kedamaian antara Palestin dengan Israel.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas berunding dengan Perdana Menteri Palestin, Rami al-Hamdallah di Ramallah, Tebing Barat semalam.
Menurut Guterres, PBB dan beliau sendiri berjanji akan terus menggalakkan pelaksanaan rancangan tersebut. Beliau meminta pemimpin Palestin dan Israel berusaha untuk membina suasana yang baik, mengelakkan rasa dendam serta memulihkan kepercayaan.
Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Genting Gaza.
Rami al-Hamdallah menyeru PBB menjawab permintaan pihaknya yang mahu masyarakat antarabangsa melindungi rakyat Palestin, serta menggesa Israel melaksanakan resolusi yang berkaitan isu Palestin-Israel.