Cari:
AS Mungkin Tutup Kedutaan Besar di Cuba
2017-09-18 14:52:00 CRI Cetak

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Rex Tillerson semalam berkata bahawa pihaknya sedang mempertimbangkan sama ada akan menutup Kedutaan Besar AS di Cuba berikutan beberapa kakitangannya mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata, sebahagian pegawai yang sakit telah dihantar balik ke AS untuk menerima rawatan.

Menurut Jabatan Negara AS sebelum ini, sekurang-kurangnya 21 pegawai AS yang bekerja di kedutaan tersebut mengalami simptom aneh yang membabitkan kehilang­an pendengaran.

Terdapat kemungkinan gejala tersebut berpunca daripada serangan gelombang bunyi, lapor CNN memetik kenyataan seorang pegawai AS.

Sebagai respons, dua diplomat Cuba ke AS telah diarah meninggalkan Washington pada Mei lalu.

Kementerian Luar Cuba dalam satu kenyataan menyatakan bahawa tindakan AS itu tidak beralasan mahupun berasas. Pihaknya telah menubuhkan kumpulan khas untuk menyiasat insiden itu dan meningkatkan perlindungan terhadap diplomat AS.

Lihat juga
berita lain
v Obama Lawat Cuba Bulan Depan 2016-02-19 11:36:25
v Dialog Pemulihan Hubungan Cuba-AS 2015-02-28 15:24:27
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China