Cari:
Masyarakat Antarabangsa Puji Sumbangan China
2017-10-22 11:54:45 CRI Cetak

Xi Jinping dalam laporan Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) menyeru rakyat pelbagai negara bersama-sama membina komuniti yang berkongsi nasib, serta membina dunia yang kekal damai, selamat, makmur, terbuka, toleransi, sejahtera dan indah. Menurutnya, PKC tetap menganggap sumbangan yang lebih besar bagi seluruh umat manusia sebagai misinya.

Masyarakat antarabangsa menganggap bahawa China di bawah pimpinan PKC, mengamalkan dasar pembangunan damai, mendorong pembinaan komuniti yang berkongsi nasib umat manusia, membawa kestabilan kepada situasi dunia yang berdepan pelbagai unsur yang tidak menentu, serta menyumbang kebijaksanaan China terhadap pembaharuan dan pembangunan sistem tadbir urus global.

Naib Setiausaha Jawatankuasa Am Parti Rusia Bersatu, Sergei Zheleznyak berkata, inisiatif termasuk pembinaan komuniti berkongsi nasib dan Jalur dan Laluan (B&R) yang dikemukakan oleh PKC akan memperkasakan pertukaran antara pelbagai negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, inovasi dan keselamatan. China merupakan pembela bagi kedamaian serantau dan dunia pada masa ini.

Majalah The Atlantic Amerika Syarikat (AS) menyiarkan ulasan yang menyatakan inisiatif B&R akan memperkasakan perdagangan antara pelbagai negara agar mengurangkan kemungkinan berlakunya konflik. China menggunakan cara sendiri untuk memelihara kedamaian dunia.

Akhbar Lianhezaobao Singapura menyiarkan rencana yang berkata, laporan kongres kebangsaan PKC kali ini menegaskan lagi pembangunan secara damai. China tetap akan menjadi pembina bagi keselamatan dunia, penyumbang bagi pembangunan global serta pembela order antarabangsa. Laporan tersebut membolehkan masyarakat antarabangsa lebih memahami strategi China.

Pengerusi Pusat Penyelidikan Inovasi Asia Indonesia, Bambang Suryono menyatakan bahawa inisiatif "komuniti berkongsi nasib antara negara-negara jiran" oleh China diterima oleh semakin banyak negara. Lebih banyak negara menganggap pembangunan China sebagai peluang dan menolak teori "ancaman China".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China