Cari:
Li Keqiang Hadir Sambutan Ulang Tahun Kerjasama 16+1
2017-11-29 14:32:07 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan pemimpin dari 16 negara Eropah Tengah dan Timur menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-5 Kerjasama 16+1 di Budapest, Hungary malam kelmarin.

Li berkata, Kerjasama 16+1 telah mencapai hasil memberangsangkan dalam tempoh lima tahun lalu. Kerjasama ini dijalin berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama kedudukan, serta berasaskan pembangunan bersama China dengan negara-negara di Eropah Tengah dan Timur. Mekanisme ini telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat di negara-negara terlibat.

PM Li telah mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin-pemimpin lain yang turut hadir. Mereka bersependapat rundingan ini amat berjaya.

China merupakan sahabat dan rakan kerjasama penting bagi Eropah Tengah dan Timur. Kedua-dua pihak perlu memperkasakan kerjasama dalam segenap aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China