Cari:
Mahkamah Maldives Batal Keputusan Bebas Pemimpin Pembangkang
2018-02-07 14:58:53 CRI Cetak

Mahkamah Tertinggi Maldives malam tadi mengumumkan akan membatalkan keputusan sebelum ini yang membebaskan sembilan pemimpin puak pembangkang termasuk bekas Presiden, Mohamed Nasheed.

Keputusan terbaharu mahkamah itu dialu-alukan oleh Pejabat Presiden dalam satu kenyataan susulan pengumuman berkenaan.

Presiden Maldives, Abdullah Yameen melalui siaran radio pagi semalam menyatakan "rasa kecewa" atas keputusan mahkamah untuk membebaskan pemimpin puak pembangkang.

Menurutnya, keputusan tersebut akan menjejaskan pemerintahan negara.

Pada malam kelmarin, Yameen telah mengumumkan perintah darurat selama 15 hari di seluruh negara.

Dalam pada itu, polis telah menahan Hakim Besar dan beberapa pegawai kanan kehakiman.

Lihat juga
berita lain
v Bekas Presiden Maldives Ditahan 2018-02-06 14:44:57
v Maldives Umum Perintah Darurat 2018-02-06 14:44:17
v Maldives Isytihar Darurat Selama 30 Hari 2015-11-05 14:08:25
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China