Cari:
Xi, Trump Bincang Situasi Semenanjung Korea
2018-03-10 14:53:29 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membincangkan situasi semasa di Semenanjung Korea dan hubungan bilateral melalui panggilan telefon semalam.

Trump berkata isu nuklear Semenanjung Korea telah menunjukkan kemajuan positif, sambil menambah bahawa pertemuan peringkat tinggi antara AS dengan Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) sesuai dengan kepentingan semua pihak.

Beliau berharap isu tersebut dapat diselesaikan secara damai.

Trump turut menyatakan penghargaan tinggi atas peranan China dalam isu Semenanjung Korea, serta kesediaan pihaknya untuk mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan dengan China.

Xi pula menyatakan China komited menggalakkan pewujudan Semenanjung Korea yang bebas senjata nuklear, kedamaian dan kestabilan di semenanjung itu serta penyelesaian isu berkenaan melalui dialog.

Kata beliau, perubahan positif yang ditunjukkan akan membantu mengembalikan proses pewujudan Semenanjung Korea bebas senjata nuklear ke landasan betul, yang juga sejajar dengan hala tuju ditetapkan dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China