Cari:
Nicolas Sarkozy Didakwa
2018-03-22 14:05:21 CRI Cetak

Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy didakwa atas tuduhan menerima dana haram dalam kempen pilihan raya dan menyembunyikan dana awam Libya.

Menurut media tempatan, Sarkozy kini di bawah pengawasan jabatan kehakiman dan dikenakan sekatan perjalanan.

Lapor stesen BFMTV, bekas presiden itu menafikan tuduhan berkenaan.

Pada 20 Mac lalu, Sarkozy ditahan polis dan dibawa menghadap majistret kewangan di mahkamah Nanterre, Paris, namun dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama sebelum ditahan semula selama 25 jam.

Sarkozy berdepan tuduhan menerima wang bantuan politik daripada bekas pemimpin Libya, Muammar Qaddafi semasa kempen pilihan raya presiden Perancis pada tahun 2007.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China