Cari:
Groto Yungang Datong, Shanxi
2011-04-21 16:45:35 CRI Cetak

 Saya Li Jian, bertugas di Bahagian Bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) sebagai penyunting kanan. Pengembaraan merupakan perkara yang paling menarik saya. Saya sudi berkongsi pengalaman pengembaraan dengan anda menerusi blog saya.

 

Provinsi Shanxi merupakan destinasi pelancongan yang saya minati. Ini kerana di provinsi itu terdapat artifak yang tidak terbilang banyaknya dan destinasi-destinasi di sana tidak begitu jauh daripada Beijing, kebanyakannya boleh sampai dalam masa satu atau dua hari dengan memandu kereta. Oleh sebab itu, saya menjelajahi Shanxi setiap tahun.

Datong, bandar terkenal di utara Provinsi Shanxi. Groto Yungang Datung ialah sebuah destinasi pelancongan masyhur dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO PBB pada tahun 2001.

Provinsi Shanxi berjiran dengan Wilayah Autonomi Mongolia Dalam. Pada Oktober tahun 2009, saya mengunjungi Groto Yungang Gatong buat kali kedua dari Mongolia Dalam di sebelah utaranya selepas menjelajahi padang rumput di kawasan tengah Mongolia dalam.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China