Groto Yungang dibina pada lereng selatan gunung Wuzhou di sebelah selatan Bandar Datong. Groto ini mula dibina pada tahun 453 Masihi dan projek pembinaannya diteruskan sehingga pertengahan pertama abad ke-6.
GrotoYungang dibina pada lereng gunung, panjangnya dari timur ke barat kira-kira satu kilometer. Di sana, terdapat 45 buah groto besar dan berapa banyak groto kecil yang dipelihara dengan baik hingga sekarang. Dalam groto itu terdapat 252 buah ceruk untuk meletakkan arca Buddha yang dipahat daripada batu dan lebih daripada 51 ribu buah arca pahatan batu yang lain.
Di Groto Yungang terdapat pelbagai arca pahatan batu yang dianggap sebagai khazanah seni pahatan batu zaman purba China.