Pahatan batu arca Buddha yang paling besar terletak di groto nombor 5. Di hadapan groto itu dibina bangunan berstruktur kayu 4 tingkat, dan arca Buddha yang dibina di pusat groto itu tingginya 17 meter. 12 orang boleh berdiri pada kaki arca Buddha tersebut, manakala seramai 120 orang boleh berdiri serentak pada lutut arca Buddha itu. Berbanding dengan arca Buddha yang tertinggi itu, arca Buddha yang paling kecil di Groto Yungang ini pula hanya beberapa sentimeter sahaja tingginya, dan lebih 10 ribu arca Buddha sekecil itu terdapat di groto nombor 15.
Keluar masuk groto-groto yang berderetan di lereng gunung, saya mengagumi kecemerlangan budaya tradisional China yang digabungkan begitu harmonik dengan unsur agama Buddha yang diperkenalkan dari India serta kepandaian tukang pahat pada zaman lebih 1500 tahun lalu.