Cari:
Groto Longmen Luoyang Memperlihatkan Tahap Tinggi Seni Pahatan dan Budaya Agama Buddha
2011-05-18 18:03:11 CRI Cetak

Dinasti Wei Utara yang menyatukan dan memerintah bahagian utara China dari abad ke-4 hingga abad ke-6 Masihi telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan agama Buddha di China, lebih-lebih lagi selepas ia memindahkan ibu kotanya dari Pingcheng, iaitu bandar Datong pada masa ini, ke Luoyang pada tahun 493 Masihi.

Seperti yang saya katakan dalam blog tentang Groto Yungang Datong, pada masa pemerintahan Wei Utara, pemerintahnya telah melaksanakan dasar perpaduan bangsa. Budaya Etnik Han dan budaya agama Buddha disanjung dan dipopularkan oleh penguasa pemerintahan itu. Groto Yungang Datong adalah produk pelaksanaan dasar tersebut. Jadi, tidak hairanlah kenapa pemerintah Dinasti Wei Utara telah membina pula Groto Longmen di Bandar Luoyang, kilometer dari Bandar Datong.

Agama Buddha pernah berkembang pesat di Luoyang. Kuil agama Buddha pertama yang ditubuhkan oleh kerajaan di China ialah Kuil Baima di Luoyang. Baima bermakna kuda putih dalam bahasa Mandarin. Nama ini diambil untuk memperingati kuda putih yang mengangkut kitab-kitab Agama Buddha ketika sami besar India datang ke China untuk menyebarkan agama Buddha atas undangan maharaja China. Kuil Baima dibina pada tahun 68 Masihi. Walaupun di China terdapat pelbagai mazhab agama Buddha dan kuil yang tak terbilang banyaknya, tetapi Kuil Baima di Luoyang ini mempunyai kedudukan yang istimewa dalam sejarah agama Buddha China.

Groto Longmen Luoyang serta Groto Yungang Datong Shanxi, Groto Mogao Dunhuang Gansu dan Groto Dazu Chongqing digelar 4 "khazanah seni pahatan batu China" yang terkenal.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China