Cari:
Groto Longmen Luoyang Memperlihatkan Tahap Tinggi Seni Pahatan dan Budaya Agama Buddha
2011-05-18 18:03:11 CRI Cetak

Groto Longmen mula dibina pada tahun 471 Masihi dan pembinaannya diteruskan selama lebih 400 tahun. Kawasan groto ini panjangnya kira-kira 1 kilometer. Di kawasan itu terdapat lebih 1300 buah groto, 2345 buah ceruk untuk meletakkan arca Buddha, lebih 50 pagoda dan kira-kira 100 ribu buah arca Buddha pahatan batu.

Groto Tengah Binyang menggambarkan seni pahatan groto abad ke-4 yang terbaik. Groto itu dipahat selama 24 tahun. Dalam groto itu terdapat 11 arca Buddha. Arca Buddha Sakyamuni dengan air mukanya yang mesra dan 2 singa ukiran batu di hadapannya juga sangat menarik.

Kuil Fengxian merupakan groto pahatan batu yang paling besar di Groto Longmen dan memperlihatkan gaya seni pahatan batu pada zaman Dinasti Tang, iaitu dari tahun 618 hingga tahun 904. Arca Lushena dalam groto itu tingginya mencecah 17 meter. Apabila kita mendongak dan melihat muka arca ini, terasa seolah-olah Lushena sedang melihat kita.

Groto pahatan batu Guyang merupakan groto yang paling awal dipahat di Groto Longmen. Dalam groto ini terdapat banyak ceruk dan arca Buddha. Banyak ukiran perkataan diukir pada ceruk tersebut. Perkataan tersebut adalah catatan nama pemahat arca batu itu serta tarikh dan sebab arca itu dipahat. Ini merupakan bahan yang amat berharga bagi pengkaji seni kaligrafi dan ukiran zaman purba China.

Di Groto Longmen terpelihara sejumlah besar artifak dan bahan dalam bidang-bidang agama, seni lukis, kaligrafi, muzik, pakaian, hiasan, perubatan, ubat-ubatan, seni bina, komunikasi antara China dan luar negara dan lain-lain. Groto itu merupakan muzium seni ukiran batu yang terbesar.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China