Cari:
Groto Longmen Luoyang Memperlihatkan Tahap Tinggi Seni Pahatan dan Budaya Agama Buddha
2011-05-18 18:03:11 CRI Cetak

Groto Longmen mempunyai sistem seninya yang tersendiri. Seni pahatan yang unik ini memperlihatkan pelbagai kaedah penciptaan seni pahatan, khususnya apabila kaedah tersebut digabungkan dengan budaya utama masyarakat China pada masa itu, seni pahatan batu tersebut telah memperlihatkan trend China dan tidak berunsur agama lagi. Oleh sebab itu, Groto Longmen digelar "batu tanda" perubahan dan peralihan seni groto pahatan batu China.

Groto Longmen di bandar Luoyang provinsi Henan disenaraikan sebagai warisan dunia oleh UNESCO PBB pada tahun 2000. Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO memberikan penilaian terhadap Groto Longmen seperti berikut: Groto pahatan batu dan ceruk untuk meletakkan arca Buddha dan arca pahatan batu yang lain di Groto Longmen merupakan karya seni yang menggambarkan secara menyeluruh tentang agama Buddha dan merupakan pahatan batu China yang paling tinggi tahap seninya.


1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China