Cari:
Groto Longmen Luoyang Memperlihatkan Tahap Tinggi Seni Pahatan dan Budaya Agama Buddha
2011-05-18 18:03:11 CRI Cetak

Dalam blog pada 20 April lalu, saya telah memperkenalkan pengalaman melawat Groto Yungang Datong di Provinsi Shanxi. Selain Groto Yungang Datong, masih terdapat sebuah groto yang juga terkenal dalam sejarah China dan berkaitan rapat dengan groto itu, itulah Groto Longmen Luoyang di Provinsi Henan di tengah China.

Kaintan antara kedua-dua groto tersebut dari segi sejarah dan budaya menarik saya untuk mengunjungi Groto Longmen Luoyang dengan memandu kereta bersama beberapa kawan pada .

Groto Longmen terletak di sebelah luar selatan bandar Luoyang provinsi Henan, di tengah China. Groto Longmen dibina pada lereng gunung di tebing Sungai Yi.

Luoyang merupakan salah sebuah bandar yang terkenal dalam sejarah China. Ia mempunyai sejarah yang lama. Ibu negara dinasti pertama di China ditubuhkan di Luoyang dan 13 dinasti China menjadikan bandar ini ibu negaranya. Ia merupakan ibu negara purba yang paling tua dan paling banyak dinasti silam di China yang menjadikannya ibu negara.

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China