Cari:
Selamatkah Kata Laluan Kita Dalam Dunia Internet?
2012-02-09 14:52:30 CRI Cetak

Kes kebocoran paling teruk setakat ini dalam sejarah pembangunan internet China sudah menjadi topik terhangat baru-baru ini. Data pengguna laman web CSDN digodam dan akaun serta kata laluan bagi lebih enam juta peti surat terdaftar dibocorkan. Selain CSDN, banyak lagi laman web yang terlibat dalam "krisis kata laluan" dan sejumlah besar maklumat pengguna didedahkan. Peristiwa tersebut menimbulkan kerisauan para pengguna Internet.

Mengapa kata laluan begitu senang digodam? Sebagai pengguna internet, bagaimana kita mencegah kata laluan kita didedahkan? Sebagai pihak pengurus laman web, bagaimana menjamin keselamatan maklumat para pengguna? Topik-topik yang melibatkan "kata laluan internet" akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 15 Februari 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China