Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Peranan Blog Mikro"
2012-01-04 10:30:17 CRI Cetak

Masih ingat lagi bagaimana menyebut Blog Mikro dalam bahasa Mandarin? Kalau sudah lupa, sebutannya ialah "Wei Bo". Di tanah besar China, terdapat banyak laman web yang menyediakan blog mikro untuk para pengguna. Antaranya, blog mikro Sina lebih luas pengaruhnya. Selain individu, semakin banyak syarikat, persatuan, bahkan badan kerajaan dan negara juga menjadi pengguna blog mikro.

Jumlah peminat blog mikro Kementerian Luar China mencecah sejuta orang pada pukul 9 malam pada 4 haribulan Disember lalu. Blog mikro tersebut merupakan blog mikro pertama yang dibuka oleh badan kerajaan di China. Sejak blog mikro tersebut mula beroperasi pada bulan April tahun ini, lebih dua ribu mesej diterbitkan di blog mikro. Antara mesej-mesej tersebut ada yang berkaitan dengan aktiviti diplomasi negara, berita terkini, serta maklumat yang mungkin diperlukan oleh warga negara yang bakal ke luar negara.

Berlainan dengan imej badan-badan kerajaan yang serius, blog mikro Kementerian Luar China mewujudkan imej yang lebih mesra dan mudah didekati rakyat. Ungkapan-ungkapan yang kelakar dan popular dalam kalangan para pengguna internet sering digunakan dalam blog mikro tersebut. Ini menarik perhatian ramai pengguna internet dan membantu merapatkan hubungan kedua-dua pihak.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China