Cari:
Pandangan Anda Mengenai "Peranan Blog Mikro"
2012-01-04 10:30:17 CRI Cetak

Sebenarnya, bukanlah hanya kerajaan China yang semakin mementingkan peranan rangkaian sosial, kuasa media baru sudah semakin diakui dan digunakan oleh kerajaan pelbagai negara dan pertubuhan antarabangsa. Contohnya, PBB telah membuka akaun blog mikro Sina.

Pada pandangan kebanyakan pihak, prospek blog mikro kerajaan dianggap amat cerah. Namun mereka menghadapi cabaran yang besar kerana orang awam berharap blog mikro kerajaan bukanlah sekadar menjawab soalan, malah juga mendengar suara hati mereka, memberi bantuan dan menjalankan inovasi terhadap konsep serta peranan kerajaan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada warga negaranya.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 18 Januari 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Mereka yang sudi berkongsi pendapat akan mendapat hadiah. Jangan lupa menulis nama dan alamat penuh anda dalam emel, surat atau mesej anda.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China