Cari:
Bagaimana Mengukur Keluarga Harmoni?
2012-04-03 14:24:19 CRI Cetak

Sistem Indeks Keluarga Harmoni Bandar Beijing telah disediakan bersama oleh Persatuan Wanita Beijing dan Akademi Sains Sosial Beijing. Namun, kaedah mengukur keharmonian sesebuah keluarga telah menimbulkan perbincangan hangat dalam masyarakat sebaik sahaja sistem tersebut diumumkan baru-baru ini.

Sebenarnya, penilaian keluarga sudah lama dijalankan di China. Sejak tahun 1950-an, penilaian "Wu Hao Jia Ting" yang bermaksud keluarga yang mendahului keluarga lain dalam lima aspek sudah dijalankan di seluruh China. Sikap dan tingkah laku seperti menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, kesamarataan antara lelaki dan wanita, keharmonian suami isteri, bergaul rapat dengan jiran serta berjimat cermat dan sebagainya telah dijadikan ukuran dalam projek penilaian "Wu Hao Jia Ting".

Sekarang ukuran bagi keluarga harmoni telah diubahsuai seiring dengan peredaran zaman. Menurut kaedah ukuran sistem penilaian keluarga harmoni tersebut, keluarga harmoni di kawasan bandar perlu memenuhi syarat-syarat yang berikut, jumlah buku yang disimpan di dalam rumah perlu lebih daripada 300 buah; majalah atau surat akhbar yang dipesan perlu sekurang-kurangnya satu jenis; sekurang-kurangnya seorang antara ahli keluarga bertugas sebagai sukarelawan dalam komuniti; aktif menyertai pelbagai aktiviti sumbangan masyarakat, mementingkan pemeliharaan alam sekitar dan kitar semula sumber tenaga; mempunyai kesedaran tegas dalam bidang undang-undang dan keselamatan serta kurang memandu kereta dan selalu memilih kenderaan awam. Inilah sebahagian daripada ukuran keluarga harmoni di kawasan bandar Beijing.

Adakah keluarga harmoni boleh diukur secara kuantitatif? Pada pandangan anda, keluarga yang bagaimanakah boleh dianggap sebagai keluarga harmoni?

Topik tentang "keluarga harmoni" akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 14 Mac 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn

Lihat juga
Pandangan Anda?
v Hari Qing Ming 2012-03-27 12:18:58
v Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara 2012-03-20 08:43:40
v Bagaimana Dapat Tidur yang Lena? 2012-03-13 13:41:46
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China