Cari:
Mana Letaknya Rumah Kita Seandainya Paras Air Laut Meningkat 60 Meter?
2012-05-01 12:42:41 CRI Cetak

Sebuah gambar unjuran peta bumi setelah paras air laut meningkat sebanyak 60 meter telah diterbitkan oleh Juruacara Program Meteorologi China Central Television (CCTV), Song Yingjie dalam blog mikronya di Sina. Sebaik sahaja gambar tersebut diterbitkan, dengan pantas sekali ia disebarkan oleh para pengguna blog mikro dan telah mencetuskan perbincangan yang cukup hangat.

Menurut peta tersebut, bandar-bandar pesisir laut di timur China hampir ditenggelami air. Ini bukan sahaja amat mencemaskan, tetapi juga menimbulkan pelbagai persoalan. Dari manakah datangnya peta tersebut? Benarkah paras air laut berkemungkinan meningkat sebanyak 60 meter? Jika benar, berapa lamakah masa yang diambil untuk ia meningkat sebanyak itu?

Song Yingjie sendiri tidak menyangka gambar yang diterbitkannya dalam blog mikro itu boleh menarik perhatian begitu ramai orang. Tetapi beliau berkata, ini sebenarnya mencerminkan betapa ramainya orang yang mementingkan isu perubahan iklim sekarang ini. Gambar tersebut bukan terbitan badan-badan yang berwibawa, maka kebanyakan pakar berkenaan berpendapat gambar tersebut cuma sebuah andaian, bukanlah unjuran sebenar. Gambar tersebut dipercayai dihasilkan untuk menyedarkan kita agar lebih mengutamakan perubahan iklim dan pemuliharaan alam sekitar.

Naib Ketua Pengarah Pusat Iklim Provinsi Jiangsu, Encik Zhou Xuedong menyatakan bahawa beliau pernah membaca andaian seumpama ini. Namun katanya menurut trend pemanasan global sekarang ini, paras air laut tidak akan meningkat lebih daripada 3 meter sebelum tahun 2050.


1 2
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China