Cari:
Panggung Wayang BONA Meneraju Sistem Pengkelasan Filem di Tanah Besar China
2012-04-10 12:21:40 CRI Cetak

Baru-baru ini, Bona Starlight, iaitu anak syarikat industri filem Bona telah mengumumkan bahawa sebuah sistem pengkelasan filem akan mula dilaksanakan di semua cawangan panggung wayang Bona Starlight. Setelah pelaksanaannya, wayang-wayang yang akan ditayangkan di panggung wayang Bona Starlight akan dibahagikan kepada pelbagai peringkat kesesuaian sebelum ditayangkan demi menyediakan panduan menonton wayang kepada para penonton.

Perbincangan hangat tercetus sejurus selepas pengumuman tersebut diterbitkan dalam laman web. Ramai yang menyokong perbuatan Bona tersebut, tetapi pada masa yang sama ada juga yang berpendapat Bona berbuat begitu hanya untuk mendapat publisiti.

Sistem yang seumpama belum pernah dilaksanakan di tanah besar China. Selama ini, kanak-kanak kecil akan terkejut sehingga menjerit atau menangis apabila terlihat babak-babak yang kurang sesuai untuk mereka. Memandangkan situasi tersebut, Bona Starlight berkeputusan untuk melaksanakan sistem tersebut supaya para penonton terutamanya kanak-kanak dan golongan warga emas boleh memilih filem mengikut kesesuaian masing-masing.

Menurut pihak panggung wayang Bona, penyelidikan dalam industri perfileman semakin luas dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini bermanfaat bagi penghasil karya filem dan juga para penonton. Namun tidak semua filem sesuai untuk tontonan umum. Maka pihak panggung wayang Bona ingin menggunakan sistem penarafan filem untuk membantu para penonton memilih filem yang sesuai bagi mereka. Ketua Pengarah Bahagian Pasaran Panggung Wayang Bona, Jin Bo menegaskan bahawa langkah ini bukan untuk mengawal industri perfileman, tetapi untuk meningkatkan taraf perkhidmatan. Menurut beliau, langkah tersebut yang lebih seperti "panduan menonton filem" merupakan "perkhidmatan nilai tambah" yang disediakan panggung wayang.


1 2
Lihat juga
Pandangan Anda?
v Bagaimana Mengukur Keluarga Harmoni? 2012-04-03 14:24:19
v Hari Qing Ming 2012-03-27 12:18:58
v Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara 2012-03-20 08:43:40
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China