Cari:
Panggung Wayang BONA Meneraju Sistem Pengkelasan Filem di Tanah Besar China
2012-04-10 12:21:40 CRI Cetak

Pengarah filem terkenal China, He Ping menyokong langkah tersebut, dan menganggap tindakan ini menandakan kematangan industri perfileman China dan sikap bertanggungjawab terhadap masyarakat. "Sebenarnya ada panggung wayang yang akan cuba untuk mengelak daripada mengklasifikasikan filem mereka demi tidak menjejaskan keuntungan penjualan tiket", kata beliau.

Sementara itu, ada pula berpendapat pelaksanaan sistem tersebut kurang objektif, menyeluruh mahupun bermakna. Sebaliknya tindakan Bona Starlight dikatakan seolah-olah "cuma untuk menarik publisiti". Menurut pandangan ahli dalam bidang perindustrian, sistem pengkelasan filem seharusnya berdasarkan undang-undang dan mendapat sokongan dasar kerajaan supaya dapat diselaras dan diterima dalam industri perfileman tanah besar China.

Sistem penarafan filem sebenarnya sudah lama wujud dan dilaksanakan di banyak negara dan kawasan seluruh dunia, misalnya Hong Kong. Klasifikasi dibuat mengikut umur penonton dan terdapat tiga lapisan, iaitu:

LapisanⅠ: Untuk tontonan umum

LapisanⅡ: Tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan remaja, terbahagi kepada lapisan ⅡA dan B.

LapisanⅢ: Untuk penonton berusia 18 tahun ke atas.

Walaupun sistem pengkelasan filem dan kaedah pengelasan tidak sama di seluruh dunia, tetapi kita perlu akui tujuannya adalah sama, iaitu untuk melindungi golongan remaja dan kanak-kanak, menyediakan perkhidmatan kepada para penonton serta mendorong pembangunan kebudayaan masyarakat yang sihat.

Topik yang melibatkan "sistem pengkelasan filem" akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 18 April 2012 nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Komen atau pandangan saudara boleh dihantar ke mal@cri.com.cn


1 2
Lihat juga
Pandangan Anda?
v Bagaimana Mengukur Keluarga Harmoni? 2012-04-03 14:24:19
v Hari Qing Ming 2012-03-27 12:18:58
v Larangan dalam Kereta Api Bawah Tanah di Pelbagai Negara 2012-03-20 08:43:40
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China