Cari:
Adakah Berbaloi Berbelanja Besar Untuk Mengupah "Maternity Matron"?
2012-05-08 16:29:49 CRI Cetak

"Maternity Matron" dalam bahasa Inggeris, atau "Yue Sao" dalam bahasa Mandarin merujuk kepada wanita yang diupah untuk menjaga anak yang baru dilahirkan serta ibu yang baru bersalin. Tempoh perkhidmatannya biasanya selama sebulan. Dalam tradisi orang China, bulan yang pertama setelah bersalin merupakan "Yue Zi" yang sungguh penting bagi ibu tersebut. Sekiranya mereka tidak dijaga dengan baik dalam bulan pertama ini, kesihatan mereka akan terjejas dengan teruk, dan akan kekal begitu seumur hidup. Ibubapa muda yang kekurangan ilmu dan pengalaman dalam hal ini amat memerlukan bantuan. Namun, biasanya mereka tidak mahu menyusahkan ibu bapa yang sudah berumur untuk membantu mereka menjaga ibu dan bayi. Dalam situasi ini, mengupah seorang "Yue Sao" merupakan pilihan terbaik.

Seiring dengan trend beranak pada tahun naga ini, "Yue Sao" menjadi semakin laris di China. Gaji "Yue Sao" turut meningkat, yang paling tinggi dikatakan melebihi 15 ribu Yuan RMB sebulan, iaitu setaraf dengan pemegang ijazah Doktor Falsafah perubatan. "Yue Sao" sering dianggap sebagai "buruh kasar", jadi fenomena ini mencetuskan perbincangan hangat dalam masyarakat China. Ada orang berpendapat bahawa "Yue Sao" yang dipercayai lebih berpengalaman dalam penjagaan anak kecil dan ibu baru bersalin akan banyak memberi manfaat. Tetapi pada waktu yang sama, ada pula yang tidak pasti sama ada berbaloi atau tidak untuk berbelanja begitu banyak wang untuk mengupah seorang "Yue Sao".

Industri "Yue Sao" masih kurang pengawalseliaan dalam masyarakat China sekarang ini, kerana ia sebenarnya belum diiktiraf oleh pihak rasmi sebagai sejenis pekerjaan. Walau bagaimanapun, ia telah diterima oleh banyak keluarga di China. Ahli kaji sains sosial mengingatkan para ibu bapa muda bahawa Yue Sao sebenarnya tidak patut digunakan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya perlu diberi pertimbangan berdasarkan keadaan sebenar dan kemampuan ekonomi keluarga sendiri.

Tajuk ini akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 16 Mei 2012. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China