Cari:
Bagaimana Jadikan Sampah Lebih Berguna?
2012-05-22 07:54:36 CRI Cetak

Sampah sarap merupakan hasil sampingan kehidupan manusia. Sebuah bandar, contohnya bandar-bandar di tanah besar China, akan menghasilkan sebanyak kira-kira seratus juta tan sampah sarap setahun. Seiring dengan pemodenan dan pembangunan ekonomi yang pesat, masalah sampah sarap menjadi semakin ketara. Menurut statistik, purata penghasilan sampah sarap di seluruh dunia meningkat sebanyak 8.48% setahun. Tetapi di China, kadar tersebut sudah melebihi 10%. Ini menjadikan China antara negara yang mempunyai masalah sampah sarap yang paling teruk di dunia. Masalah ini semakin serius kerana kadar pelupusan sampah sarap di bandar hanya kira-kira 50%.

Kita tidak boleh mengelak daripada menghasilkan sampah sarap, tetapi kita boleh mengawal pelupusannya. Sekiranya kita lebih cekap menangani pelupusan sampah, ia tidak akan mencemar alam sekitar, bahkan boleh menjadi berguna. Untuk menjadikan sampah lebih berguna, proses pengasingan sampah sarap dianggap langkah pertama yang penting.

Dalam hal ini, pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa di seluruh dunia. Di Beijing, pasukan panduan pengasingan sampah yang terdiri daripada 11 ribu orang ditugaskan ke kawasan-kawasan perumahan untuk mendidik para penduduk bagaimana mengasingkan sampah sarap demi melindungi alam sekitar.

Di Sweden pula, "mekanisme kewajiban pengeluar" memastikan pihak pengeluar bertanggungjawab menggunakan kaedah pelupusan sampah sarap yang lebih mesra dengan alam setelah produknya habis dipakai. Manakala pengguna pula wajib mengasingkan produk terpakai dan bungkusannya, kemudian menghantarnya ke pusat kitar semula berkenaan.

Lebih 10 buah negeri di A.S. telah menggubal peraturan tentang pengurusan botol yang dibuang, manakala lebih 20 buah negeri pula telah menggubal peraturan untuk melarang pengurusan sampah sarap di halaman rumah. Selain itu, kadar pelupusan dan pengitaran semula sampah sarap pepejal sudah melebihi 30% di hampir separuh daripada negeri-negeri di A.S..

Bagaimana mengasingkan sampah sarap secara berkesan? Bagaimana pula menjadikan sampah lebih berguna? Topik berkenaan akan dibincangkan dalam ruangan Suara Sutera pada 30 Mei nanti. Saudara dialu-alukan mengikuti ruangan tersebut dan ikut serta dalam perbualan mengenai topik tersebut. Emel kami ialah mal@cri.com.cn

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China