Cari:
Nelawati: Hari Pertama di Anhui
2013-03-20 13:21:14 CRI Cetak

Perjalanan rombongan media CRI seramai 18 orang yang mewakili pelbagai bahagian bahasa untuk Program Jelajah Anhui pada musim bunga ini bermula pada pukul 7.30 pagi. Kami tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Beijing pada kira-kira 8.30 pagi untuk penerbangan ke Huangshan yang dijadualkan pada pukul 10.25 pagi. Kira-kira pukul 12.30 tengah hari, pesawat MU5170 mendarat di Hefei, ibu kota provinsi Anhui. Dari luar, lapangan terbang Hefei kelihatan sangat sederhana dan tidak begitu sibuk. Kami transit lebih kurang 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Tunxi Huangshan, destinasi pertama program ini. Kami berlepas dari Hefei pada pukul 1.15 petang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 35 minit. Tepat 1.50 petang, pesawat mendarat di Lapangan Terbang Tunxi Huangshan. Ketibaan rombongan kami disambut oleh udara 11 darjah Celsius dan jalan yang dibasahi hujan.

Kami disambut oleh kakitangan Jawatankuasa Pelancongan Huangshan dan dibawa menaiki bas ke Huangshan International Hotel. Perjalanan mengambil masa sekitar 15 minit kerana lalu lintas tidak sibuk. Sepanjang perjalanan, kami melihat ladang bunga sesawi, yang menjadi salah satu kebanggaan provinsi ini. Huangshan, kota yang sedang membangun. Banyak bangunan lama diruntuhkan dan dibina semula. Namun, harga hartanah di sini masih murah berbanding Beijing, hanya RMB5 ribu per meter persegi, jika dibandingkan dengan Beijing, iaitu beberapa kali ganda. Sepanjang tahun 2012, Huangshan menerima 31 juta pelancong.

(cendawan dan rebung kering, sesuai dijadikan hadiah kepada sahabat)

1 2 3 4 5 6 7
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China