Destinasi pertama ialah Perkampungan Longchuan, sebuah kampung yang dipisahkan oleh tali air yang menjadi nadi kehidupan penduduknya pada zaman dahulu. Kedua-dua belah tebing sungai dihubungkan dengan jambatan batu yang cantik. Suatu yang istimewa tentang kampng ini adalah kebanyakan penghuninya yang bernama Hu. Pasti anda mengenali tokoh penting di China yang juga bernama Hu. Ya, mantan presiden China, Hu Jintao yang nenek moyang beliau tinggal di kampung ini.
(Pengurus Syarikat Ukiran Kayu, Ni Zhenxing memperkenalkan hasil ukirannya kepada rombongan CRI)