Seorang lagi tokoh yang sempat saya kenali melalui lawatan ini ialah Hu Zongxian (1512-1565), seorang wira yang berjaya memerangi lanun di pesisir pantai China semasa pemerintahan Jiajing zaman Dinasti Ming. Beliau pernah menjadi Menteri Pertahanan dan Gabenor Provinsi Zhejiang dan Fujian. Sumbangan besar Hu Zongxian adalah memasukkan Pulau Diaoyou sebagai sebahagian wilayah China.
(Seorang tukang ukir mengambil masa hampir empat bulan baru dapat menyelesaikan ukiran kayu sebesar ini.)