Kalau anda penggemar filem China yang bercorak kungfu, pasti ada adegan menulis menggunakan berus dan dakwat. Rupa-rupanya, menghasilkan dakwat ini bukan mudah kerana setiap kepingan bahan dakwat dibuat menggunakan tangan. Bahan yang sudah dijadikan doh digentel dengan tangan sebelum dimasukkan ke dalam acuan dan ditekan padat sebelum dikeluarkan dan dibiarkan kering. Umpama membuat biskut sahaja. Tapi melihat tak semudah membuatnya.
(Ukiran kayu yang halus dan cantik)