Cari:
Farah:Catatan untuk lawatan "Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China"
2013-07-01 11:40:12 CRI Cetak

Pada 26 Jun lalu, rombongan yang disertai hampir 50 orang wartawan dan staf CRI telah melawat ke Dewan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC). Antara yang mengikuti rombongan ini termasuklah staf dari bahagian bahasa Melayu, Indonesia, Kemboja dan lain-lain. Saya berasa cukup bertuah kerana berpeluang mengikuti rombongan tersebut, kerana melalui lawatan kali ini, saya telah lebih mengetahui dan memahami sistem politik China yang istimewa, serta fungsi dan tugas NPC, Jawatankuasa Tetap NPC dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), bahkan hubungan antara tiga institusi tersebut. Ini peluang yang jarang sekali datang, apatah lagi bagi saya, seorang warga asing.

Untuk memulakan lawatan kali ini, kami tiba di Dewan Besar Rakyat China pada waktu awal pagi. Ketibaan kami disambut dengan penuh mesra oleh pegawai-pegawai dari beberapa biro bawah Jawatankuasa Tetap NPC.

Sejak mula berkhidmat untuk bahagian siaran bahasa Melayu CRI, saya telah beberapa kali menyertai acara sambutan Hari Wanita di dewan ini, tetapi tidak pernah sekalipun dibawa untuk melawat-lawat di dalamnya. Jadi apabila rombongan kami dibawa oleh encik Wei Xing seorang pegawai dari Biro Penerangan Jawatankuasa Tetap NPC, untuk melihat pameran, bilik dan dewan yang terdapat di sini, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata betapa terujanya saya!

Mula-mula sekali, kami dibawa melihat lukisan sulaman yang cukup istimewa. Yang menjadikan lukisan-lukisan tersebut istimewa bukanlah sekadar pemandangan indah yang digambarkan, tetapi rasanya boleh kita bayangkan daripada namanya, iaitu lukisan sulaman ini bukanlah dihasilkan dengan bahan-bahan warna biasa sepeti cat minyak atau warna air, tetapi sebaliknya disulam dengan menggunakan benang pelbagai warna untuk membentuk pemandangan-pemandangan indah. Menurut encik Wei Xing, lukisan-lukisan tersebut merupakan hasil daripada empat jenis gaya sulaman tradisi China yang paling terkenal.

"Xia Ri Hai Feng" yang merupakan lukisan sulaman Su Xiu yang dihasilkan di Jiangsu, cukup padan dengan musim di China sekarang ini, iaitu musim panas, kerana lukisan itu memperlihatkan pemandangan indah di tepi pantai pada musim panas.

"Chun Zhao Jiang Nan" pula lukisan sulaman Yue Xiu yang dihasilkan di Guangdong yang penuh dengan bunga-bunga yang berwarni-warni dan berkembang mekar, sesuai sekali dengan temanya yang menonjolkan keindahan kawasan selatan China pada musim bunga.

Dalam lukisan "Dong Xue Bei Gao" iaitu sebuah lukisan sulaman Xiang Xiu yang dihasilkan di Hunan dapat kita lihat gunung-ganang yang diselaputi salji putih. Jelaslah, lukisan ini memperlihatkan pemandangan salji turun di kawasan utara China pada musim sejuk.

Akhir sekali, terdapat lukisan "Xiu Se Gao Yuan" yang merupakan lukisan sulaman Shu Xiu yang dihasilkan di kawasan Sichuan. Lukisan ini memaparkan pemandangan dataran tinggi pada musim gugur, dengan daun-daun di pokok berwarna kuning keemasan.

Antara empat buah lukisan tersebut, saya paling tertarik dengan lukisan "Chun Zhao Jiang Nan" kerana selain bunga-bunga berkembang mekar yang memeriahkan lukisan itu, terdapat juga motif kapal gaya tradisi China yang amat menarik bagi saya.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China