Cari:
Farah:Catatan untuk lawatan "Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China"
2013-07-01 11:40:12 CRI Cetak

Setelah menghayati lukisan-lukisan yang istimewa itu, kami dibawa melihat dewan tempat mesyuarat Jawatankuasa Tetap NPC diadakan. Walaupun bangunan ini sudah lama dibina iaitu pada tahun 1958 dan dibuka secara rasmi pada tahun 1959, namun sehingga kini dijaga dengan cukup baik. Setiap ruang dalamnya bersih, kemas dan dilengkapi dengan perabot dan perhiasan yang bersesuaian. Disebabkan pada pagi itu juga jawatankuasa tersebut akan bertemu untuk mengadakan mesyuarat, rombongan kami masuk melihat dewan tersebut dengan lebih awal demi tidak mengganggu mesyuarat itu.

Dewan tersebut amat luas. Kami dimaklumkan, terdapat 664 tempat duduk di dalamnya, dan pada meja tempat duduk tersebut tersedia perkakas yang diperlukan oleh para wakil untuk bermesyuarat, termasuk alat elektronik yang canggih untuk membuang undi. Kebanyakan daripada kami tertarik dengan rekaan pada langit-langit dewan itu khususnya disebabkan susunan lampu dan corak bintang merah yang unik.

Sebelum mesyuarat dimulakan, kami semua dijemput untuk duduk di tingkat dua supaya dapat mengikuti mesyuarat jawatankuasa tersebut walaupun cuma untuk seketika. Seramai 175 orang wakil menyertai mesyuarat tersebut, maka dewan itu tidak diisi penuh, sebaliknya nampak kosong pula. Suasananya cukup sunyi, cuma kedengaran suara wakil yang membentangkan bahannya, manakala wakil-wakil yang lain memberikan perhatian sepenuhnya. Katanya, pihak luar dapat mengikuti mesyuarat seumpama itu sebenarnya pertama kali dalam sejarah, jadi memanglah rombongan kami ini cukup bertuah.

Acara seterusnya dalam lawatan kami adalah sesi pertemuan dan wawancara dengan pegawai-pegawai dari pelbagai biro bawah Jawatankuasa Tetap NPC di bilik mesyuarat no.5. Antara pegawai yang hadir, termasuk dari Biro Penerangan, Suruhanjaya Penggubalan Undang-undang, Biro Hal Ehwal Luar dan sebagainya.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China