Cari:
Farah:Catatan untuk lawatan "Mendekati Kongres Rakyat Kebangsaan China"
2013-07-01 11:40:12 CRI Cetak

Setelah kami diberi penjelasan tentang fungsi dan tugas NPC dan Jawatankuasa Tetap NPC serta proses penggubalan undang-undang, kami diberi peluang untuk mengajukan lain-lain soalan bagi menghapuskan kemusykilan. Ada wartawan yang bertanya tentang hubungan kerjasama antara NPC dengan parlimen negara masing-masing, antara pula yang meminta penjelasan tentang perbezaan antara NPC dan CPPCC. Saya lebih berminat tentang pemilihan wakil NPC, jadi bertanya soalan mengenai kriteria yang menjadi pertimbangan dalam proses tersebut. Jawapan yang diterima cukup memuaskan, dan setelah mendengar jawapan tersebut, saya yakin wakil-wakil NPC yang terpilih itu semua tokoh-tokoh yang unggul dalam masyarakat China, jadi sudah pastilah mampu menjalankan tugas masing-masing.

Sebelum mengakhiri lawatan, kami dibawa melawat ke dewan yang paling besar di situ, iaitu tempat sidang tahunan NPC dan CPPCC diadakan. Dewan utama yang cukup besar dan megah itu memang cukup menakjubkan. Katanya, dewan tersebut boleh memuatkan seramai 10 ribu orang wakil sekaligus. Tidak hairanlah, kerana dewan itu perlu menyediakan tempat yang mencukupi untuk semua wakil ketika sidang tahunan NPC dan CPPCC masing-masing diadakan. Walaupun dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan itu, namun disebabkan terlalu luas, saya tidak berjaya mengambil gambar yang dapat menunjukkan keseluruhan dewan itu. Mungkin lensa pada kamera saya tidak cukup dan perlu lensa sudut lebar. Meskipun begitu, betapa luasnya dan hebatnya keadaan di dalam dewan itu tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Dapat melawat ke Dewan Besar Rakyat China ini bagaikan satu mimpi manis yang baru saja berakhir buat saya. Selama ini, apabila saya dijemput ke dewan jamuan di situ, saya sering tertanya-tanya, apa lagi yang terdapat dalam bangunan yang sebesar ini? Saya juga dahulu sering memikirkan betapa misterinya dewan ini dan juga kerajaan serta sistem politik China. Sekarang, kebanyakan soalan yang saya ada sudah terjawab dan saya rasa lebih dekat kepada NPC dan juga negara China.

Mungkin jarang ada orang asing yang boleh berkata dengan bangga, "Oh, saya pernah melawat ke dewan itu!". Tetapi sekarang, saya sudah menjadi salah seorang yang boleh berkata begitu.


1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China