Cari:
Farah: Catatan Lawatan Hari Pertama ke Suzhou--Terpegun dengan kemodenan SIP
2013-07-03 10:30:02 CRI Cetak

Sementara kami masih di pusat ini, kami melawat juga Pameran Seni Kontemporari Singapura yang bertema "Alam di Dalam Cermin, Bayangan dari Imej". Kebanyakan karya dalam pameran ini bertujuan membuat sesiapa yang melihatnya memikirkan semula apa yang dilihat oleh mata.

Salah satu karya dalam Pameran Seni Kontemporari Singapura.

Dua destinasi seterusnya ialah sebuah muzium dan sebuah galeri. Sebab hari ini cukup panas, sebaik sahaja turun dari van, kami semua bergegas mencari pintu masuk ke Muzium Dana China. Di muzium itu, kami telah mendengar penjelasan yang terperinci tentang duit, bon dan sijil saham daripada encik Fu Qingshou. Satu demi satu kami cuba mengangkat timbunan duit kertas dan jongkong emas. Sekarang saya boleh katakan dengan bangganya, saya berjaya angkat jongkong emas seberat 21kg!

Encik Fu Qingshou menjelaskan tentang hubungan antara China dengan negara luar dalam bidang kewangan.

Penulis berjaya angkat jongkong emas seberat 21kg!


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China