Cari:
Farah: Catatan Lawatan Hari Pertama ke Suzhou--Terpegun dengan kemodenan SIP
2013-07-03 10:30:02 CRI Cetak

Rombongan wartawan bergambar dengan Prof Xu Guo Qin, Pengarah NUSRI.

Tidak kalah kepada NUSRI, Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool (XJTLU) yang kami lawati selepas itu amat popular di Suzhou bahkan seluruh China berikutan program berkembar (2+2) yang ditawarkan di universiti ini.

Universiti Xi'an Jiaotong-Liverpool yang cukup popular di Suzhou bahkan seluruh China.

Presiden XJTLU, Prof. Xi Youmin menyampaikan taklimat kepada wartawan.

Menurut Presiden XJTLU, Prof. Xi Youmin, terdapat 400 orang kakitangan akademik di universiti ini dan hampir 80% daripadanya adalah warga asing. Manakala, setakat tahun 2012, jumlah pelajar di universiti ini mencatat 7,500 orang, kira-kira 100 orang daripadanya adalah pelajar antarabangsa yang berasal dari lebih 20 negara dan kawasan di dunia. Kata beliau lagi, setiap tahun XJTLU menerima lebih 20 orang pelajar dari Malaysia. Kalau macam itu, tak hairanlah berhampiran pintu masuk utama ke universiti ini ada jalur gemilang. Saya dengan tanpa segan silu telah bergambar dengan bendera Malaysia itu!

Gembiranya jumpa Jalur Gemilang di negeri orang.

Aktiviti untuk hari ini diakhiri dengan jamuan makan malam. Tak sabarnya nak melihat lagi bangunan pejabat yang moden! Mudah-mudahan cuaca esok tidaklah panas terik macam hari ini...


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China