Cari:
Farah: Catatan Lawatan Hari Pertama ke Suzhou--Terpegun dengan kemodenan SIP
2013-07-03 10:30:02 CRI Cetak

Dari situ, kami rehat seketika dan makan tengah hari di kantin bangunan pentadbiran SIP. Kemudian kami sambung lagi aktiviti untuk hari ini dengan lawatan ke Institut Penyelidikan Universiti Kebangsaan Singapura (NUSRI). Institut tersebut yang diasaskan pada 15 November 2010 dengan kerjasama rasmi antara Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dengan Jawatankuasa Pentadbiran SIP amat baharu, cantik dan moden; dewan kuliah dan makmalnya semua dilengkapi dengan peralatan yang canggih. Timbul pula rasa iri hati terhadap pelajar-pelajar yang cukup bertuah dapat belajar di sini...

Dewan kuliah yang nampaknya cukup sempurna.

 Ruang legar NUSRI pun nampak selesa.

Pengarah NUSRI, encik Xu Guo Qin telah bertemu dengan kami dan memberi taklimat ringkas tentang NUSRI. Kata beliau,

"Demi visinya untuk menjadi peneraju universiti global yang berpusat di Asia, NUS berazam untuk 16. melibatkan diri dengan China secara langsung dan rapat melalui NUSRI."


1 2 3 4 5 6
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China