Muzium Piano
Melangkah masuk ke Muzium Piano pula saya disambut oleh lebih 40 piano lama yang berusia sekitar 200 tahun yang lalu. Antara piano yang menarik perhatian termasuklah piano yang bersadur emas, piano antik yang digerakkan dengan kuasa tangan untuk memusingkannya (piano jenis ini biasanya dimainkan di tepi jalan), piano vertikal tertua dan terbesar, piano pedal automatik, dan sebagainya. Maaf, tiada gambar piano-piano tersebut kerana mengambil foto atau merakam video adalah sama sekali tidak dibenarkan di dalam muzium tersebut. Oleh itu, sekiranya mahu melihat piano-piano tersebut, anda perlulah datang ke Pulau Gulangyu. Ya, mungkin ini strategi promosi yang bagus untuk Pulau Gulangyu. Sebelum mengakhiri lawatan di Muzium Piano, seorang staf di muzium tersebut berbesar hati memainkan salah sebuah piano terbesar di muzium tersebut dengan membawakan lagu yang bertajuk "The Waves of Gulangyu". Melodi yang indah membuatkan semua yang berada di situ terdiam seketika. Bahasa muzik adalah bahasa yang universal. Oleh itu, walaupun baru pertama kali mendengar lagu tersebut, sudah dapat menghayati keindahan melodinya.
Sekolah Muzik Xiamen. Dikatakan ramai pemimpin China belajar muzik di sekolah ini.