Cari:
Terracotta, Ciptaan Yang Mengagumkan
2015-06-14 10:31:57 CRI Cetak
(Oleh Zaidah Ahmad Rosly) 

Satu lagi impian saya, akhirnya terlaksana. Sudah lama rasanya saya menyimpan hasrat untuk menziarahi pahlawan tanah liat ini. Tidak puas rasanya kalau sekadar melihat gambar dan membaca rencana mengenainya. Oleh sebab hari lawatan saya ke Muzium Terracotta tersebut adalah hari minggu, saya dapat melihat begitu ramai sekali orang yang berkunjung ke sana. Bukan setakat pelancong asing, pelancong tempatan juga turut berpusu-pusu ke muzium bersejarah tersebut.


Pemandangan di luar Muzium Terracotta

Hal ini saya fikir adalah sesuatu yang sangat patut dilakukan oleh bangsa Cina, khususnya demi mengetahui, memahami dan mendalami ketamadunan bangsa sendiri. Kalaupun bukan untuk diri sendiri, adalah penting untuk memperkenalkannya kepada anak cucu-cicit agar mereka mengetahui "khazanah berharga" yang dimiliki oleh bangsa mereka.

Sekiranya hendak bercerita tentang sejarah pahlawan Terracotta ini, saya yakin semuanya dapat dibaca melalui pelbagai saluran, sama ada melalui buku atau laman web kerana Teracotta telah disenaraikan dalam Senarai Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1987. Namun, saya ingin berkongsi mengenai satu perkara yang menarik hati saya, iaitu mengenai wajah pahlawan-pahlawan Terracotta. Adakah anda juga terfikir akan perkara yang sama seperti saya?


Pemandangan di dalam Muzium Terracotta

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China