Cari:
Terracotta, Ciptaan Yang Mengagumkan
2015-06-14 10:31:57 CRI Cetak


Suasana gerai di jalan kebudayaan Muslim

Selepas berkenalan dengan pahlawan Terracotta, saya ke jalan kebudayaan Muslim yang sangat terkenal di Xi'an. Saya yakin tidak ada sesiapa pun yang melancong ke Xi'an tanpa singgah di jalan ini. Segala makanan halal, makanan ringan Xi'an dan cenderamata dapat ditemukan di sini. Ya, memang betul tempat tersebut menjual pelbagai jenis makanan, namun saya menilai tempat tersebut lebih istimewa daripada sekadar tempat menjual makanan. Maksud tersirat saya ialah di tempat itu juga saya melihat "kreativiti" orang Cina mencipta makanan mereka.


Suasana gerai di jalan kebudayaan Muslim 

Ada makanan di situ yang dibuat tanpa menggunakan mesin. Mereka masih membuat makanan tersebut secara manual, antaranya termasuklah gula tarik dan makanan ringan yang dibuat daripada kacang. Di situlah mereka menarik gula-gula tersebut dan di situ jugalah mereka menumbuk kacang-kacang tersebut. Bagaimanakah caranya mereka menarik dan menumbuk kacang-kacang tersebut? Hal tersebut anda mesti melihatnya sendiri. Mungkin di situlah keistimewaan makanan tersebut kerana setelah melihat "pertunjukan" makanan tersebut, sedikit sebanyak akan membuatkan orang begitu teruja untuk merasainya. Mereka memang patut mengekalkan cara tersebut sebagai daya tarikan.


Suasana gerai di jalan kebudayaan Muslim

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China