Cari:
Terracotta, Ciptaan Yang Mengagumkan
2015-06-14 10:31:57 CRI Cetak


Pemandangan di dalam Muzium Terracotta 

Pada mulanya saya membuat andaian, pahlawan-pahlawan ini sebenarnya wujud. Maka, wajah-wajah mereka telah ditiru oleh pengukir Maharaja Qin Shihuang semasa menghasilkan pahlawan-pahlawan ini. Saya agak yakin andaian ini betul kerana mengukir wajah atau "mencipta" wajah seseorang bukanlah mudah. Menurut maklumat, sehingga kini, jumlah pahlawan Terracotta yang telah ditemukan kira-kira berjumlah 8000 pahlawan dan kemungkinan jumlah tersebut akan bertambah kerana para arkeologi masih lagi dalam proses penggalian. Bayangkan, bukan mudah untuk menghasilkan beribu-ribu wajah secara manual.


Pemandangan di dalam Muzium Terracotta

Namun, ternyata andaian tersebut meleset. Menurut maklumat yang diperoleh daripada pemandu pelancong, wajah pahlawan Terracotta ini sebenarnya adalah berasaskan wajah Maharaja Qin Shihuang, tetapi telah diolah oleh pengukir mengikut imaginasi mereka. Walaupun mengikut imaginasi, pengukir masih lagi perlu mematuhi peraturan-peraturan tertentu. Berdasarkan teori lukisan China, wajah manusia boleh dikategorikan kepada lapan jenis. Pengukir telah meringkaskan fisiognomi lapan jenis wajah tersebut berdasarkan karakter tulisan China, iaitu guo, yong, feng, mu, tian, you, shen dan jia. Sekiranya diteliti, ciri karakter-karakter tersebut dapat dilihat pada wajah pahlawan Terracotta tersebut. Lebih istimewa lagi, pengukir bukan sahaja memfokuskan raut wajah semata-mata, malah turut memasukkan karakter dalam raut wajah tersebut. Setiap satu wajah mempunyai ekspresi yang jelas, tegangan pada otot muka dan ciri-ciri tersendiri. Oleh sebab itulah, wajah pahlawan-pahlawan Terracotta ini seolah-olah "hidup" dan "real".

1 2 3 4
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China